Thursday, July 12, 2012

Misteri Air France AF447 Terhempas Terungkai

Pada 1 dan 2 may 2011, Black box untuk flight Air France telah dijumpai setelah misi mencari dilakukan hampir dua tahun selepas kemalangan. Black Box ini telah jatuh didasar laut pada kedalaman lebih kurang empat kilometer dari permukaan laut. Pencarian "Flight Data recorder ini telah berjaya dilakukan pada kos lebih kurang USD 28 juta. Satu pencarian yang berbaloi kerana dengan adanya black box ini, misteri kehilangan pesawat tersebut telah berjaya disiasat dan tindakan susulan untuk mengelakkan kejadian serupa dari berulang telah di kenalpasti. Kemalangan ini telah meragut nyawa 228 orang penumpang dan krew penerbangan.
Ia adalah kemalangan pertama yang meragut nyawa bagi pesawat jenis Airbus A330.


Bagaimanakah Black Box ini dijumpai?


Apakah yang dimaksudkan sebagai "Black Box" ini? Bagaimana ia mampu menahan suhu yang terlampau panas buat jangka masa yang tertentu? Suhu ketahanannya menjangkau 1000 darjah celcius. Untuk perbandingan; tembaga akan cair pada suhu 1083 Darjah Celcius.


Dan dimanakah ia disimpan?

Melalui data-data yang dikumpul termasuk data yang dihantar oleh pesawat secara "real time" sebelum terhempas telah berjaya merungkai misteri kemalangan ini.

Semoga ia akan memberi pengajaran kepada semua, disebalik teknologi auto, pengetahuan and kemahiran manual akan diperlukan semasa sesuatu sistem auto itu gagal berfungsi.

Details investgation:



Info pada 17 Mac 2014:
Berdasarkan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Infografik berkenaan Flight data recorder dan cockpit recorder adalah seperti dibawah.