Tuesday, April 7, 2009

Kemalangan Maut di KM 110 Jalan Kuantan-Kuala Terengganu


  • Satu kemalangan maut telah berlaku di km 110 Jalan Kuantan - Kuala Terengganu (Sempadan Kerteh & Paka) pada jam 8 pagi 4hb Apr 2009 (Sabtu)
  • Disyaki sebuah kereta Honda yang sedang dipandu bersorangan, didalam perjalanan menghala ke arah Paka, telah terbabas melanggar tiang lampu di tengah jalan dan memasuki laluan bertentangan.
  • Kereta tersebut bertembung dengan sebuah Iswara Aeroback
  • Kedua-dua pemandu maut di tempat kejadian.
  • Penumpang didalam kereta Iswara telah mengalami kecederaan parah.
  • Kemungkinan punca kemalangan

              [1] Kereta Honda di pandu laju didalam keadaan jalan yang agak licin di sebabkan hujan disebelah malam.

              [2] Keadaan dan bentuk jalan yang sentiasa mengundang kemalangan. Tiang lampu yang di langgar itu baru sahaja di ganti 2 hari sebelumnya.

              [3] Lubang untuk laluan air ditengah-tengah divider jalan tersumbat. Air bertakung dilaluan laju yang menghala ke Kuala Terengganu. 

Pada 2003, saya sendiri pernah menyaksikan sebuah Iswara sedan berwarna merah melanggar tiang lampu yang sama. Pada ketika itu saya didalam laluan bertentangan. Alhamdulillah sekiranya masa telah menentukan, pastinya saya juga senasib dengan pemandu Iswara Aeroback ini.

  • Apa yang boleh kita lakukan;

[A] Berdoalah sebelum memulakan perjalanan... InsyaAllah selamat.

[B] Berhati-hati. Elakkan diri kita dari menjadi pembunuh pengguna jalanraya yang lain. 

[C] Meminta pihak PBT dan JKR untuk memasang rail besi di tengah jalan dan meperbaiki longkang/laluan air yang tersumbat itu. 

No comments:

Post a Comment