Akhbar metro melaporkan kebakaran kereta disebabkan oleh batteri. Salah satu punca kebakaran mungkin disebabkan "battery shorted". Bagaimana batteri kereta anda boleh menyebabkan kebakaran? lihatlah video yang di link ke youtube seperti diatas. Oleh sebab itu lah terdapat getah bewarna MERAH yang melindungi salah satu terminal batteri kereta. Sekiranya kedua-dua terminal (+ dan -) bersentuhan, akibatnya seperti video di atas.
GEORGETOWN: Kebakaran tiga kereta yang diletak di kawasan parkir berhampiran Kompleks Masyarakat Uplifting Moral di Jalan Macalister/Jalan Nunn, di sini, mengejutkan ratusan penganut Hindu yang berpusu-pusu menuju ke Kuil Chettiar Natukotai Arulmigu Balatandayuthabany ketika sambutan Thaipusam di Jalan Kebun Bunga, di sini, malam kelmarin.
Kebakaran kira-kira jam 11.40 malam itu membabitkan tiga kereta Proton Wira Aeroback, Perodua Alza dan Nissan Sentra dipercayai berpunca dari salah sebuah kereta yang mengalami kerosakan bateri.
Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan cedera atau terkorban. Pemilik Proton Wira, K Mahindran dari Butterworth berkata, dia dan keluarga baru turun dari kereta untuk bersembahyang sebelum rakannya menghubungi memberitahu keretanya terbakar.