Showing posts with label Industrial Fatal Accident(Kematian Di Tempat Kerja). Show all posts
Showing posts with label Industrial Fatal Accident(Kematian Di Tempat Kerja). Show all posts

Monday, May 7, 2012

Industrial Accidents Analysis Year 2011 in Malaysia


Congratulations to all Malaysian Employees, Employer, Authorities and Family members for your continuous efforts to prevent accidents at work. Likened to the year 2009 the total casualties have reduced by 67%!!!
Alhamdullillah and InsyaAllah Malaysian "Boleh" achieved Zero Casualties by year 2020. It is not an impossible change for all.




Wednesday, March 9, 2011

80 peratus kemalangan industri babitkan IKS

80 peratus kemalangan industri babitkan IKS

2010/12/16
PUTRAJAYA: Kira-kira 80 peratus daripada kemalangan industri yang dicatatkan di negara ini membabitkan sektor industri kecil dan sederhana (IKS), kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Datuk Dr Johari Basri.

Bagi mengurangkan jumlah itu, beliau berkata kerajaan menyediakan pakej inisiatif baru bagi IKS iaitu "SME Compliance Support" bagi membantu IKS meningkatkan daya saing mereka melalui penerapan dan peningkatan tahap pematuhan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
"IKS ini kebanyakannya kurang tenaga dan kurang sumber, kalau kita pergi ke tempat mereka dan dapati tidak memenuhi syarat keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan kita saman atau ambil tindakan undang-undang, tutuplah syarikat mereka.
"Melalui inisiatif ini, kita akan bantu mereka untuk mengenal pasti langkah keselamatan yang boleh diambil dan tidak mahal bagi memastikan mereka boleh meningkatkan tahap keselamatan pekerja tanpa menjejaskan kedudukan kewangan mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Johari berkata, inisiatif itu dilakukan melalui beberapa aktiviti iaitu Pintu-ke-Pintu, Perkhidmatan Promosi Bergerak IKS melalui enam unit van yang disediakan, dan "Umbrella Project", yang lebih tertumpu kepada penerangan dan khidmat nasihat melalui persatuan majikan.

Sehingga September lalu, sebanyak 42,657 kes kemalangan industri dilaporkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang membabitkan 876 kes kematian dan 11,366 kes hilang upaya kekal dengan 13,186 kes atau 30.9 peratus dicatatkan dalam industri pembuatan.

Johari berkata, 30 peratus daripada jumlah kemalangan itu berlaku ketika dalam perjalanan ulang-alik ke tempat kerja, terutama ketika pulang dari tempat kerja, dan kebanyakannya membabitkan mereka yang menaiki motosikal.
Smbil menyatakan trend itu semakin membimbangkan, beliau berkata kerjasama dengan agensi kerajaan termasuk PERKESO dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) diadakan.

"Ia bagi menjalankan kempen kesedaran dan latihan cara pemanduan berhemah bagi pekerja industri, selain memberi penerangan tentang aspek keselamatan," katanya. - BERNAMA

Kadar kemalangan di tempat kerja menurun

Kadar kemalangan di tempat kerja menurun

RAMAI orang tidak menyedari peri pentingnya keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) sehingga kemalangan, kecederaan atau kematian berlaku. Terdapat juga pihak yang tidak mahu melabur atau berbelanja untuk keselamatan dan kesihatan di tempat kerja disebabkan oleh faktor kos.

Kejadian kemalangan atau penyakit dihadapi pekerja mencerminkan serba sedikit terdapat ketidaksempurnaan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan ia perlu diperbaiki.

Tanggungjawab keselamatan dan kesihatan pekerjaan atau OSH ini dipikul bersama oleh mereka yang mewujudkan sesuatu risiko (iaitu majikan) dan juga mereka yang perlu bekerja dengan risiko tersebut (iaitu pekerja).

Industri dan majikan harus menyedari tentang empat faktor utama dalam usaha untuk menguruskan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja iaitu tanggungjawab korporat; memenuhi kehendak sosial dan moral; prinsip dagangan yang baik dan keperluan perundangan.

Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang cekap bukan sahaja mengurangkan risiko kepada keselamatan dan kesihatan tetapi juga memastikan pulangan yang tinggi kepada syarikat dan meningkatkan produktiviti.

Latihan dan pendidikan juga adalah elemen utama dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Majikan harus bersedia untuk melabur dalam keselamatan pekerjaan manakala pekerja harus bersedia untuk mengamalkannya.

Syarikat perlu menyediakan bajet tahunan untuk latihan keselamatan bagi membendung kemalangan berkaitan pekerjaan. Jelas bahawa aset yang paling berharga dalam sesebuah organisasi adalah mereka yang bekerja di dalamnya dan mereka yang menjayakannya.

Di Malaysia, kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan telah meningkat dari tahun ke tahun. Ramai majikan dan pekerja mengetahui peranan dan tanggungjawab dalam memastikan hazad di tempat kerja telah dikenal pasti, ditaksir dan dikawal.

Negara kita telah memperkenalkan pelbagai akta dan peraturan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan dalam melindungi kebajikan tenaga kerja kita. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) telah diperkenalkan pada 1994 dan tertakluk kepada falsafah peraturan kendiri. Ini meletakkan tanggungjawab bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terhadap majikan mereka.

Semenjak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 diperkenalkan, bilangan kemalangan di tempat kerja telah menunjukkan penurunan yang signifikan. Merujuk kepada statistik yang dikumpulkan oleh Kementerian Sumber Manusia, bilangan kemalangan industri yang dilaporkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Jabatan Tenaga Kerja untuk semua sektor telah berkurang daripada 99,413 pada 1995 kepada 35,092 pada 2008. Ini merupakan penurunan sebanyak 65 peratus dalam jangka masa melebihi 10 tahun.

Walaupun terdapat penurunan dalam purata bilangan kemalangan industri dari 17 dalam 1,000 orang pekerja pada tahun 1995 kepada 6.1 pada tahun 2008, kita harus berusaha untuk mencontohi negara membangun yang hanya mempunyai 3-4 kemalangan dalam 1,000 orang pekerja.

TAN SRI LEE LAM THYE ialah Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara.

Thursday, December 30, 2010

Statistik Kematian Kemalangan Tempat Kerja Tahun 2009


Selamat menyambut tahun baru 2011. Semoga kehadiran tahun baru ini bakal memberikan kesejahteraan kepada semua rakyat Malaysia. Ketika saya melakarkan graf di blog ini berdasarkan statistik daripada laman web DOSH Malaysia, hujan lebat sedang turun semenjak 12 jam yang lalu. Kebimbangan kini kepada bencana banjir yang akan dituruti oleh kes-kes mati lemas dikalangan kanak-kanak. Kehilangan merka bukan sahaja dirasai oleh keluarga bah kan juga oleh negara. Negara akan kehilangan aset terpenting untuk pembangunan iaitu "Sumber Tenaga Manusia". Pada usia yang muda mereka bukan sahaja produktif bah kah mempunyai idea, kebijakan dan kemahiran yang penting buat kemajuan keluarga dan negara. Semoga 2011 akan membawa kita kearah kehidupan yang lebih selamat dan sejahtera, serta di jauh  kan dari bala bencana.


Thursday, April 16, 2009

Statistik Kemalangan Maut di pelbagai sektor industry



Graph ini hasilkan berdasarkan statistik kemalangan tahun 2007 dan 2008 yang di keluarkan oleh JKKP Malaysia.