
Loss and Found Counter is needed urgently !









Kasut getah mempunyai cengkaman yang bagus seperti data eksperimen diatas. walaubagaimanapun berikut adalah beberapa article berkenaan keselamatan kaki apabila menggunakan kasut getah...
(1) Crocs banned in Swedish hospital for generating a "cloud of lightning"
A Swedish hospital has banned Crocs-brand plastic clogs because they build up static charges that zetz the delicate medical instruments: Blekinge hospital in southern Sweden suspects the slip-on shoes, made by US firm Crocs Inc, are to blame for at least three incidents in which respirators and other machines malfunctioned. The mishaps caused no injuries. Hospital spokesman Bjorn Lofqvist said staff wearing the clogs could turn into "a cloud of lighting" because of the static electricity. Source: http://www.boingboing.net/2007/04/19/crocs_banned_in_swed.html
(2) Terdapat kes kemalangan kerana kasut dan kaki tersepit di escalator.
Crocs Can Pose a Danger on Escalators. However it's not just Crocs that pose a danger -- any soft, pliable shoe, even flip-flops, can be dangerous on an escalator.

Sumber: http://www.bombapahang.gov.my
MASALAH berhubung kesan pemasangan grille (jeriji) telah banyak diperkatakan, khususnya tentang kebaikan dan keburukannya kepada penghuni rumah terutama di waktu kecemasan.
Fungsi jeriji ini berubah mengikut situasi dari aspek keselamatan pelepasan diri. Ia memberikan kesan buruk jika rekabentuk dan cara pemasangan tidak diberikan perhatian. Kes-kes kematian kerana mangsa terperangkap disebabkan halangan jeriji semakin kerap terjadi.
Faktor utama yang menyebabkan insiden mangsa terperangkap telah dikenalpasti oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Ia adalah seperti berikut :
(1) Pemasangan jeriji tingkap kecemasan jenis statik atau tetap.
(2) Pemasangan jeriji tingkap kecemasan jenis bermangga /kunci
Jumlah mangsa terkorban akan meningkat selagi tidak diambil langkah-langkah yang positif dan pro-aktif bagi mengelakkan kejadian mangsa terperangkap ketika kebakaran.
PERMASALAHAN SEMASA
Terdapat kepercayaan umum bahawa kebakaran tidak akan berlaku di kediaman mereka.
Perhatian terhadap kaedah-kaedah keselamatan jeriji tingkap semasa kecemasan yang sesuai dan berkesan untuk menyelamatkan diri sering tidak dititikberatkan.
Risiko terperangkap didalam rumah kediaman jenis 2 dan 3 tingkat adalah lebih tinggi berbanding dengan rumah jenis setingkat kerana faktor jarak perjalanan (travel distance) yang lebih jauh dan sukar. Tetapi ini tidak bererti rumah setingkat lebih selamat sekiranya laluan kecemasan terhalang oleh bahan-bahan mudah terbakar dan pitu serta tingkap dipasang dengan jeriji jenis tetap
Kaedah-kaedah keselamatan kebakaran sepatutnya bermula daripada peringkat perancangan pembinaan rumah dan lebih-lebih lagi semasa rumah itu diduduki.
Terdapat banyak bangunan komersil dan rumah memasang pintu dan tingkap dengan jeriji jenis tetap sebagai langkah menghalang pencerobohan. Walaupun mengetahui risiko penggunaanya.
Faktor keselamatan (safety and security) jeriji tingkap kecemasan perlu diambil kira supaya ada keseimbangan untuk di pasang dijenis-jenis projek perumahan seperti berikut:
- Rumah kediaman pekerja (asrama)
- Rumah teres (konkrik) 1,2 dan 3 tingkat.
- Rumah kelompok (cluster) 4 unit.
- Rumah pangsa kos rendah/sederhana.
PEMASANGAN JERUJI YANG SESUAI
Rekabentuk dan cirri-ciri keselamatan yang diperlukan adalah separti berikut:
(1) Jeruji tanpa kunci yang mudah di buka dari dalam premis ketika kebakaran.
(2) System pengunciannya perlu mempunyai cirri-ciri berikut:
- Mudah dibuka oleh orang dewasa, tua dan kanak-kanak termasuk orang kurang upaya seperti cacat anggota (berkerusi roda) dan sebagainya.
- Tidak berkarat.
- Tahan lama dan tidak perlu penyelenggaraan yang rumit.
Salah satu unsur terpenting ketika membuka jeriji tingkap kecemasan adalan sistem penguncian. Oleh yang demikian bagi mengelakkan sabarang kemungkinan kerosakan, sistem pembukaan seharusnya tidak mengandungi sebarang komponen yang memerlukan penyelenggaraan rapi.
Pemasangan jeriji tingkap kecemasan sesuai ditempatkan dilokasi seperti berikut:
- Bilik tidur.
- Ruang tamu.
Tempat lain yang dikenalpasti oleh jabatan bomba dan penyelamat Malaysia sebagai laluankecemasan ketika kebakaran.

Setiap kali tibanya Hari Raya, pasti sesetengah kita akan berdebar-debar untuk meninggalkan rumah. Tambahan pula jika jiran tertangga bukan lah penduduk tempatan yang akan meraikan Aidilfitri di kawasan kediaman kita.
Saya sendiri telah mengalaminya sebanyak dua kali. Dua kali rumah kami dipecahkan untuk mendapatkan beberapa ringgit dari tabung simpanan syiling. Isu nya bukan lah kerana nilai yang hilang, tetapi lebih kepada keselamatan rumah kediaman kita. Perasaan tidak selamat dan sentiasa di hantui perasaan bimbang ketika kembali kerumah bukan lah sesuatu yang sihat.
Kawasan yang saya diami juga mempunyai rondaan polis dua kali sehari. Di waktu malam kelibat sinar lampu siren polis sudah membuatkan si pencuri menyembunyi kan diri buat seketika. Mungkin operasi akan disambung semula sesudah itu.
Apakah yang boleh kita lakukan? Hanya doa yang di pohon, selain menambah dan memperbaiki "grille" di sana sini dan memasang lampu di dua kawasan anjung.
Alhamdulillah, berkat mengamalkan ayat kursi (Rujuk al-Quran Surah al-Baqarah ayat 255) yang di baca sambil mengelilingi rumah telah menjauhkan rumah kami daripada sang pencuri sehari dua ini.
Bacalah dengan penuh keyakinan kerana hanya kebesaran Allah s.w.t jua lah yang menentukan segalanya...