Saturday, April 18, 2009

Kemalangan Bas Ekspress dan puncanya

Bandingkan dua kisah di bawah. Di negara maju sesuatu kemalangan yang berlaku adalah disebabkan oleh kecuaian dan kesilapan sistem/polisi pihak syarikat. Sementara di Malaysia, setiap kali berlaku nya kemalangan pihak pemandu sahaja yang di dapati bersalah.

  1. Apakah tindakan yang dikenakan kepada majikan mereka?
  2. Adakah syarikat mempunyai polisi tidak bertulis?(contohnya kebenaran had laju yang di benarkan syarikat. Waktu tiba yang telah ditetapkan. Tempat dan jumlah masa rehat yang dipantau)
  3. Siapakah yang telah memilih dan mengajikan pemandu yang mempunya berpuluh-puluh saman?
  4. Apakah ganjaran yang diberikan kepada pemandu yang berhemah?

AMERIKA SYARIKAT:Wanita dilanggar bas dapat ganti rugi AS$27.5j
NEW YORK 17 April - Seorang wanita yang kehilangan kaki kirinya selepas dilanggar oleh sebuah bas syarikat New York City hari ini menerima ganti rugi berjumlah AS$27.5 juta (RM99.2 juta).
Mahkamah memerintahkan supaya syarikat bas berkenaan membayar ganti rugi itu kepada pekerja Janitorial, Gloria Aguilar, 45, selepas dia dilanggar sebuah bas ketika menyeberang jalan di Manhattan pada November 2005.
Peguam wanita itu, Ben Rubinowitz berkata, doktor telah memotong kaki wanita berkenaan sehingga paras lutut.
Katanya, peguam syarikat New York City mempertikaikan tindakan wanita berkenaan berada di luar laluan melintas sehingga terperosok di bawah sisi bas berkenaan.
Jurucakap New York City berkata, syarikat berkenaan akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu. - AP

Sumber: Utusan Malaysia. 18 April.

MALAYSIA:PEMANDU MENGAKU TIDAK BERSALAH

DUA orang pemandu bas ekspres masing-masing mengaku tidak bersalah di mahkamah atas tuduhan memandu secara melulu dan membahayakan hingga menyebabkan kematian penumpang.
Dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Rawang Isnin lepas, enam penumpang maut selepas bas ekspres dua tingkat yang dipercayai dipandu laju terbabas dan terbalik sementara dalam kemalangan di Kilometer 16, Jalan Kluang-Batu Pahat, Johor kelmarin, seorang wanita dan dua anak perempuannya berusia tiga dan enam tahun maut.

Sumber: Utusan Malaysia. 18 April.
 

No comments:

Post a Comment