Setiap kali tibanya Hari Raya, pasti sesetengah kita akan berdebar-debar untuk meninggalkan rumah. Tambahan pula jika jiran tertangga bukan lah penduduk tempatan yang akan meraikan Aidilfitri di kawasan kediaman kita.
Saya sendiri telah mengalaminya sebanyak dua kali. Dua kali rumah kami dipecahkan untuk mendapatkan beberapa ringgit dari tabung simpanan syiling. Isu nya bukan lah kerana nilai yang hilang, tetapi lebih kepada keselamatan rumah kediaman kita. Perasaan tidak selamat dan sentiasa di hantui perasaan bimbang ketika kembali kerumah bukan lah sesuatu yang sihat.
Kawasan yang saya diami juga mempunyai rondaan polis dua kali sehari. Di waktu malam kelibat sinar lampu siren polis sudah membuatkan si pencuri menyembunyi kan diri buat seketika. Mungkin operasi akan disambung semula sesudah itu.
Apakah yang boleh kita lakukan? Hanya doa yang di pohon, selain menambah dan memperbaiki "grille" di sana sini dan memasang lampu di dua kawasan anjung.
Alhamdulillah, berkat mengamalkan ayat kursi (Rujuk al-Quran Surah al-Baqarah ayat 255) yang di baca sambil mengelilingi rumah telah menjauhkan rumah kami daripada sang pencuri sehari dua ini.
Bacalah dengan penuh keyakinan kerana hanya kebesaran Allah s.w.t jua lah yang menentukan segalanya...
No comments:
Post a Comment