Thursday, October 1, 2009

Minyak hitam enjin kereta


  • Adalah rutin bagi pengguna kereta menukar minyak hitam atau minyak enjin bagi setiap 3000, 5000, 7000 atau 10000 km perjalanan.
  • Nak senang tukar di workshop.
  • Mekanik akan menukar secara membuka "draining plug" di bawah tangki minyak pelincir atau dengan cara menggunakan pump vacumm.
  • Ada sesetengah pengguna lebih yakin menukar nya sendiri dan ia bukan lah kerja yang sesukar mana.
  • Bagaimanapun sekiranya kita menukar minyak hitam ini secara sendiri di rumah; selain faktor keselamatan, faktor alam sekitar juga perlu di ambil kira.
  • Jangan lah minyak hitam yang telah di gunakan itu di buang kedalam longkang atau di atas mana-mana tanah di sekitar rumah.
  • Gunakan tong kosong untuk menyimpan nya dan hantar lah ke mana mana workshop apabila telah penuh.
  • Workshop kereta biasanya akan mengumpul minyak hitam yang telah di gunakan ini untuk di kitar semula.

No comments:

Post a Comment