Monday, May 7, 2012

KANAK-KANAK 9 TAHUN DI GILIS PEMBAJAK SAWAH

Sesuatu yang perlu di awasi bersama. Sesungguhnya yang berlaku itu adalah ketentuan takdir, tetapi sebagai manusia kita perlu mendalaminya agar ia melindungi insan lain dari musibah yang sama, insyaAllah.


KUALA NERANG: “Pada Khamis lalu, dia berlawak dengan rakan sekolah memakai lilitan di kepala seolah-olah jenazah dikafankan,” kata Yusof Awang, 59, datuk saudara kepada Muhammad Fariz Najmi Norizan, 9, yang maut selepas digilis traktor pembajak sawah di Kampung Kubang Palas, di sini, kelmarin.
Yusof berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Muhammad Fariz mengikut bapa saudaranya, Habibullah Halim, 30-an, yang memandu jentera itu untuk membajak sawah berhampiran rumahnya dan dia dikatakan duduk di sebelah tempat duduk pemandu.
Selepas membajak tidak sampai 30 meter, Habibullah tersedar arwah tiada di sebelah.
Apabila dia memandang ke belakang arwah dilihat sudah terbaring dengan badannya disaluti lumpur serta berlumuran darah.

No comments:

Post a Comment