Wednesday, March 9, 2011
80 peratus kemalangan industri babitkan IKS
2010/12/16
PUTRAJAYA: Kira-kira 80 peratus daripada kemalangan industri yang dicatatkan di negara ini membabitkan sektor industri kecil dan sederhana (IKS), kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Datuk Dr Johari Basri.
Bagi mengurangkan jumlah itu, beliau berkata kerajaan menyediakan pakej inisiatif baru bagi IKS iaitu "SME Compliance Support" bagi membantu IKS meningkatkan daya saing mereka melalui penerapan dan peningkatan tahap pematuhan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
"IKS ini kebanyakannya kurang tenaga dan kurang sumber, kalau kita pergi ke tempat mereka dan dapati tidak memenuhi syarat keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan kita saman atau ambil tindakan undang-undang, tutuplah syarikat mereka.
"Melalui inisiatif ini, kita akan bantu mereka untuk mengenal pasti langkah keselamatan yang boleh diambil dan tidak mahal bagi memastikan mereka boleh meningkatkan tahap keselamatan pekerja tanpa menjejaskan kedudukan kewangan mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Johari berkata, inisiatif itu dilakukan melalui beberapa aktiviti iaitu Pintu-ke-Pintu, Perkhidmatan Promosi Bergerak IKS melalui enam unit van yang disediakan, dan "Umbrella Project", yang lebih tertumpu kepada penerangan dan khidmat nasihat melalui persatuan majikan.
Sehingga September lalu, sebanyak 42,657 kes kemalangan industri dilaporkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang membabitkan 876 kes kematian dan 11,366 kes hilang upaya kekal dengan 13,186 kes atau 30.9 peratus dicatatkan dalam industri pembuatan.
Johari berkata, 30 peratus daripada jumlah kemalangan itu berlaku ketika dalam perjalanan ulang-alik ke tempat kerja, terutama ketika pulang dari tempat kerja, dan kebanyakannya membabitkan mereka yang menaiki motosikal.
Smbil menyatakan trend itu semakin membimbangkan, beliau berkata kerjasama dengan agensi kerajaan termasuk PERKESO dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) diadakan.
"Ia bagi menjalankan kempen kesedaran dan latihan cara pemanduan berhemah bagi pekerja industri, selain memberi penerangan tentang aspek keselamatan," katanya. - BERNAMA
Kadar kemalangan di tempat kerja menurun
RAMAI orang tidak menyedari peri pentingnya keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) sehingga kemalangan, kecederaan atau kematian berlaku. Terdapat juga pihak yang tidak mahu melabur atau berbelanja untuk keselamatan dan kesihatan di tempat kerja disebabkan oleh faktor kos.
Kejadian kemalangan atau penyakit dihadapi pekerja mencerminkan serba sedikit terdapat ketidaksempurnaan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan ia perlu diperbaiki.
Tanggungjawab keselamatan dan kesihatan pekerjaan atau OSH ini dipikul bersama oleh mereka yang mewujudkan sesuatu risiko (iaitu majikan) dan juga mereka yang perlu bekerja dengan risiko tersebut (iaitu pekerja).
Industri dan majikan harus menyedari tentang empat faktor utama dalam usaha untuk menguruskan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja iaitu tanggungjawab korporat; memenuhi kehendak sosial dan moral; prinsip dagangan yang baik dan keperluan perundangan.
Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang cekap bukan sahaja mengurangkan risiko kepada keselamatan dan kesihatan tetapi juga memastikan pulangan yang tinggi kepada syarikat dan meningkatkan produktiviti.
Latihan dan pendidikan juga adalah elemen utama dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Majikan harus bersedia untuk melabur dalam keselamatan pekerjaan manakala pekerja harus bersedia untuk mengamalkannya.
Syarikat perlu menyediakan bajet tahunan untuk latihan keselamatan bagi membendung kemalangan berkaitan pekerjaan. Jelas bahawa aset yang paling berharga dalam sesebuah organisasi adalah mereka yang bekerja di dalamnya dan mereka yang menjayakannya.
Di Malaysia, kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan telah meningkat dari tahun ke tahun. Ramai majikan dan pekerja mengetahui peranan dan tanggungjawab dalam memastikan hazad di tempat kerja telah dikenal pasti, ditaksir dan dikawal.
Negara kita telah memperkenalkan pelbagai akta dan peraturan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan dalam melindungi kebajikan tenaga kerja kita. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) telah diperkenalkan pada 1994 dan tertakluk kepada falsafah peraturan kendiri. Ini meletakkan tanggungjawab bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terhadap majikan mereka.
Semenjak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 diperkenalkan, bilangan kemalangan di tempat kerja telah menunjukkan penurunan yang signifikan. Merujuk kepada statistik yang dikumpulkan oleh Kementerian Sumber Manusia, bilangan kemalangan industri yang dilaporkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Jabatan Tenaga Kerja untuk semua sektor telah berkurang daripada 99,413 pada 1995 kepada 35,092 pada 2008. Ini merupakan penurunan sebanyak 65 peratus dalam jangka masa melebihi 10 tahun.
Walaupun terdapat penurunan dalam purata bilangan kemalangan industri dari 17 dalam 1,000 orang pekerja pada tahun 1995 kepada 6.1 pada tahun 2008, kita harus berusaha untuk mencontohi negara membangun yang hanya mempunyai 3-4 kemalangan dalam 1,000 orang pekerja.
TAN SRI LEE LAM THYE ialah Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara.
Tuesday, March 8, 2011
Disambar api dari engin pemotong rumput
Behavior Safety vs Process Safety
Aku sering tertanya-tanya; apakah kaitan diantara dua masalah utama kesalamatan untuk process plant ini.
'Behavior Safety' adalah sesuatu yang berkenaan dengan keselamatan manusia atau pekerja di plant itu. Akibat terburuknya ialah kematian.
'Process Safety' adalah sesuatu yang berkenaan dengan keselamatan peralatan atau plant itu sendiri. Akibat dari kesilapan process safety akan menyebabkan letupan dan kemusnahan serta kerugian yang dashyat.
Bagi aku, Hubungan bagi kedua-dua cabang keselamatan ini adalah seperti di bawah. Kemalangan atau kemusnahan yang berlaku yang dianggap process safety adalah berpunca dari kesilapan manusia itu sendiri. Tidak kiralah samada kesilapan kejuruteraan, kesilapan keputusan yang di buat ataupun kesilapan dalam mematuhi prosedur yang telah ditetapkan...
Friday, February 11, 2011
Friday, January 28, 2011
Air panas ragut nyawa bayi
Mangsa, Noraini Syazwani Abdullah, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan intensif di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar kira-kira jam 1.20 pagi selepas bertarung nyawa akibat melecur teruk.
Ketua Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Nashir Ya, ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, pihaknya menolak sebarang unsur jenayah berhubung insiden air panas itu.
Beliau berkata, bagi kes Noraini Syazwani, kejadian berlaku di kediaman keluarga kanak-kanak terbabit ketika ibu mangsa, 19, yang kini mengandung tujuh bulan dikatakan menuang air panas yang baru dimasak ke dalam balang.
“Syazwani yang ketika kejadian sedang bermain tiba-tiba menerpa ke arah ibunya, sebelum air panas tiba-tiba tertumpah secara tidak sengaja, lalu tersimbah ke badannya.
“Mangsa yang melecur teruk dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, sebelum dipindahkan ke HSB beberapa jam kemudian. Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia awal pagi tadi (semalam) selepas lebih tiga hari dirawat,” katanya di sini, semalam.
Nashir berkata, pihaknya menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan berdasarkan laporan diterima dan mengesahkan kematian mangsa tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.
“Polis percaya kejadian pada petang 24 Januari lalu itu berlaku atas dasar kemalangan serta kecuaian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Dalam kejadian berasingan pada hari sama Isnin lalu, seorang kanak-kanak berusia dua tahun parah terkena air panas ketika berada di pusat jagaan kanak-kanak di Repoh, Kuala Perlis, dekat sini dan sedang menerima rawatan lanjut di HTF. Nashir berkata, mangsa, Anis Syafiah Shukri, dilaporkan cedera pada paha akibat terkena air panas pada petang Rabu lalu.
“Kejadian itu disedari ibu bapa mangsa selepas dimaklumkan penjaga pusat asuhan terbabit ketika mengambil anak mereka di pusat jagaan berkenaan kira-kira jam 6 petang.
Berdasarkan maklumat awal, katanya, kejadian berlaku ketika mangsa bersama 10 kanak-kanak lain bersiap sedia untuk mandi di bahagian dapur pusat jagaan berkenaan, sebelum mangsa terlanggar meja dan terjatuh.
“Ketika itu, besen berisi air panas yang digunakan untuk memanaskan susu terbalik dan tertumpah ke atas paha kanak-kanak itu, menyebabkan perut dan tangannya melecur. Dia kemudian dibawa ke klinik kesihatan di sini, sebelum dirujuk ke HTF.
“Polis menerima laporan daripada bapa mangsa, Shukri Shuib, 36, mendakwa anaknya didera. Bagaimanapun siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan mengesahkan tiada sebarang unsur penderaan dan klasifikasikan sebagai kecuaian serta kemalangan,” katanya.
Oleh Rashidi Karim
am@hmetro.com.my
Monday, January 24, 2011
CONFINED SPACE: Practise safety at work and end tragedies
This is not the first such incident. Over the years, a number of labourers have died while working in confined spaces at shipyards, silos or manholes when carrying out sewerage repairs or when doing maintenance works.
It is interesting to note that accidents in confined spaces display several common features. The work to be done is not a routine one and it is irregular. The person involved is usually a contract employee with poor safety awareness and education and few or none of the standard safeguards are provided to them. In most cases, safe practices and procedures are neglected and people with basic first-aid and CPR skills are not available when needed.
Those who work in confined spaces are exposed to risks and dangers that usually result in fatality. In 2001, nine workers were killed while repairing a ship in Pasir Gudang.
Investigations by the Department of Occupational Safety and Health (DOSH) showed that most accidents occurred due to employers’ failure to apply and implement safe systems of work in confined spaces.
Lack of coordination and control while conducting activities in such confined spaces pose immense danger to the workers. It is dangerous if, for instance, maintenance of a highly flammable pipe system is done simulwithout coordination or control.
Apart from that, sub-contractors who have no knowledge of working in confined spaces, risk their lives much more than the others. They are usually not equipped with proper tools and do not know or have safe operating procedures.
Statistics show that most accidents occur in silo, hopper, pressurised vessels or tanks and trenches. The victims either die of toxic poisoning or suffocation due to lack of oxygen.
The Code of Practice for Confined Space Safety was introduced in 2001 to ensure employers provide adequate safety to their employees when they work in confined spaces.
It provides detailed explanation on safety measures such as the training involved, rescue procedures, contractors’ responsibility and the control measures.
Accidents can be avoided if employers are committed to implementing the code. I would like to call upon every employer to use it as a guide to create a safer working condition while implementing a healthier work system — in line with OSHA 1994.
National Institute of Occupational Safety and Health (Niosh) has been conducting training to employees who work in confined spaces to help minimise accidents and tragedies.
TAN SRI LEE LAM THYE,
Chairman, Niosh.
Thursday, January 20, 2011
Tiga kereta hangus akibat kerosakan bateri
Thursday, January 13, 2011
Jumlah Kematian Kemalangan Jalanraya di Malaysia pada tahun 2009
Pada tahun 2009, seramai 6745 orang telah maut diatas jalan raya di Malaysia. Daripada jumlah itu 45% merupakan belia yang berusia 16 hingga 35 tahun. Satu kehilangan besar kerana ia adalah aset terpenting buat negara membangun seperti Malaysia.
Thursday, January 6, 2011
Tumpahan Minyak Offshore Terburuk
Ia berlaku di tahun 2010. Laporan di website Bloomberg menganggarkan lebih 4.1 Juta Tong Minyak mentah telah tumpah diTeluk Mexico.
"BP Plc’s crippled Macondo oil well spewed 4.1 million barrels of crude into the Gulf of Mexico during the 87 days before it was capped, a team of scientists said, making it the world’s largest accidental offshore spill."-Bloomberg News Aug 3, 2010
Animasi RCFA (Root Cause Failure Analysis) bersama LAPAN penyebab berkenaan kemalangan ini boleh didapati dilihat disini
Sunday, January 2, 2011
Shoppers to pay 20 sen for each plastic bag on Saturdays
THE STAR
PETALING JAYA: Shoppers throughout the country will now have to pay 20 sen for each plastic bag when they shop at hypermarkets, supermarkets and Petronas service stations on Saturdays.The move, which is already in force in Selangor and introduced to reduce the eight billion plastic bags used each year in Malaysia, caught many shoppers by surprise.
Other developments:
> The sum charged will go to a special fund which will benefit the environment and community;
> Plastic industry players in Penang have expressed unhappiness, vowing to distribute 30,000 free bags in defiance of the move.
FAKTA:
-
Dianggarkan sebanyak 500 billion bag plastik digunakan setiap tahun di seluruh dunia… pada kadar sejuta helai seminit.
- Bag plastik mengambil masa lebih kurang 500 tahun untuk reput secara semula jadi.
-
secara purata setiap orang menggunakan 296 helai bag plastik bagi 27 juta penduduk Malaysia.Jika di Malaysia kita menggunakan sebanyak 8 billion bag plastik setahun.
- Kemanakah bag plastic ini pergi?. Di bakar, di tanam, di gunakan semula, di makan haiwan atau di buang merata-rata…
- Pengurangan bag plastic juga akan mengurangkan pengeluaran CO2. Bag plastik menggunakan minyak sebagai bahan asas. Jika kita mampu mengurangkan 25% daripada 8 billion bag plastic ini, kita akan mengurangkan pengeluaran gas CO2 sebanyak 63 Tan setahun,; bersamaan dengan pengurangan sebanyak 18000 kereta di jalan raya. (Sumber: The Christian Science Monitor 2007)