Takziah kepada keluarga terbabit. Sesungguhnya Allah swt maha mengetahui segala-galanya.
Sekali lagi kita melihat berita sebegini didada dada akhbar. Ia adalah amat menyedihkan. Tiada manusia yang waras mahu menghadapi kejadian sebegini semasa hidup kita. Anak-anak kecil yang riang ria, pergi dilanggar oleh kenderaan yang di pandu oleh insan yang disanyangi .
Sebagai manusia biasa; mungkin beberapa langkah boleh diambil untuk menggelakkan kejadian sebegini dari berlaku. Antaranya ialah;
(1) Pastikan seorang dewasa yang lain berada berdekatan kenderaan yang sedang di "reverse".Tugas mereka untuk memastikan tiada kanak-kanak yang berada berdekatan.
(2) Buka tingkap kenderaan. Teriak tawa mereka mungkin menyedarkan kita.
(3) Sentiasa tutup pintu rumah atau grill atau pintu pagar ketika keluar untuk memandu.
(4) Curiga dan waspada sekiranya kanak-kanak yang seminit lepas kita lihat berdekatan kenderaan, tiba-tiba hilang dari pandangan.
(5) Undur secara perlahan-lahan.
(6) Ajar mereka tentang bahaya berada berdekatan kenderaan yang sedang bergerak.
(7) Baca Doa. Semoga Allah menjauhkan kita dari perkara begini.
No comments:
Post a Comment